June 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30          
My Photo

Photo Albums

« Missing you my dearest sister..... | Main | PeRsaHaBaTan »

July 14, 2007

Aku Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta Pada-MU

Aku Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta Kepadamu  Aku sepatutnya malu menulis surat cinta pada kerana ia tidak mungkin jadi sempurna dan setelah terlalu banyak mengingkari-Mu Kau mungkin tidak sedia menerima.

Mengapa harus aku tiba pada-Mu bagai seekor kupu-kupu yang meninggalkan rimbanya keragaman rahsia yang mentaati kata-kata “tidak kuberi ilmu melainkan sedikit sahaja” aku jadi marah pada ketetapan itu dan meluru menuju lampu tapi hanya terhumban pada kaca lalu jatuh ke kaki-Mu apakah kau sedia memaafkan carik-carik di kepakku?

Atau apakah kau sengaja memilih pertemuan begini untuk aku jadi lebih terpegun pada kesempurnaan jari-jari-Mu? Mengapa aku harus tiba pada-Mu bagai sungai yang menemui muaranya dalam murung rasa tua setelah terlalu banyak meronta mahu melepaskan diri dari sekatan tebingnya tapi hanya menambahkan bebanan sehingga tiba ada keluasan lautmu apakah Kau sedia memaafkan kekeruhan di tubuhku?

Atau apakah kau sengaja memilih pertemuan begini untuk aku jadi lebih terpesona pada kejernihan matamu? Kau terlalu banyak menyimpan keindahan mengapakah aku tidak melihatnya dahulu atau apakah Kau sengaja menyembunyikan supaya aku jadi lebih kasih pada-Mu?

~ Zurinah Hassan

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .